Yesaya 37:32-35 Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika) (BMDC)

32. Baik di Yerusalem mahupun di Bukit Sion akan ada orang yang terselamat kerana TUHAN Yang Maha Kuasa telah menentukan bahawa perkara ini akan berlaku.

33. Inilah firman TUHAN tentang raja Asyur, ‘Dia tidak akan masuk ke Yerusalem, ataupun melepaskan sebatang anak panah pun ke arahnya. Askar-askar yang berperisai tidak akan mendekati kota ini. Mereka tidak akan membuat timbunan tanah untuk mengepungnya.

34. Raja Asyur akan pulang melalui jalan yang diikutinya ketika datang, tanpa memasuki kota ini. Aku, TUHAN telah berfirman.

35. Demi kehormatan-Ku sendiri dan demi janji-Ku kepada hamba-Ku, Daud, Aku akan membela kota ini serta melindunginya.’ ”

Yesaya 37