3. Tiga orang dari Yehuda datang menemuinya, iaitu Elyakim anak Hilkia, pengurus istana; Sebna, setiausaha istana; dan Yoah anak Asaf, setiausaha negara.
4. Pegawai Asyur itu berkata kepada mereka, “Sampaikanlah titah raja Asyur kepada Raja Hizkia, ‘Mengapa kamu begitu yakin?
5. Adakah kamu menyangka bahawa kata-kata dapat menggantikan kecekapan dan kekuatan tentera? Siapakah yang kamu harap untuk menolong kamu memberontak terhadap Asyur?
6. Kamu mengharapkan bantuan dari Mesir, tetapi hal itu seperti orang yang menggunakan gelagah sebagai tongkat. Tongkat itu akan patah dan menusuk tangan kamu sendiri. Begitulah raja Mesir terhadap sesiapa yang berharap kepadanya.’ ”