4. Dia akan menghakimi bangsa-bangsa,dan menyelesaikan perselisihan mereka.Mereka akan menempa pedang menjadi bajak,dan tombak menjadi pisau pemangkas.Bangsa-bangsa tidak lagi berperang,dan tidak lagi bersiap untuk menyerang.
5. Hai keturunan Yakub,marilah kita hidup dalam cahaya yang diberikan TUHAN!
6. Ya Allah, Engkau telah meninggalkan umat-Mu, keturunan Yakub! Negeri ini penuh dengan ilmu sihir dari timur dan dari negeri orang Filistin. Penduduk meniru adat istiadat orang bangsa asing.
7. Negeri mereka penuh dengan perak dan emas; harta benda mereka tidak terhingga. Kuda mereka amat banyak dan kereta kuda mereka tidak terbilang.
8. Negeri mereka penuh dengan berhala, dan mereka menyembah patung-patung yang dibuat oleh mereka sendiri.
9. Tiap-tiap orang akan dihinakan dan dipermalukan. Jangan ampuni mereka, ya TUHAN!
10. Mereka akan bersembunyi di dalam gua di bukit-bukit batu, atau menggali lubang di tanah untuk melarikan diri daripada kemurkaan TUHAN, dan bersembunyi daripada kuasa serta kemuliaan-Nya!
11. Harinya akan tiba apabila kesombongan manusia dilenyapkan, dan keangkuhan manusia dimusnahkan. Barulah TUHAN sahaja yang akan dipermuliakan.
12. Pada hari itu TUHAN Yang Maha Kuasa akan merendahkan semua orang yang meninggikan diri, dan menghukum semua orang yang sombong.
13. Dia akan memusnahkan pokok-pokok sedar yang tinggi di Lebanon, dan semua pokok besar di Basan.