4. Dia akan menghakimi bangsa-bangsa,dan menyelesaikan perselisihan mereka.Mereka akan menempa pedang menjadi bajak,dan tombak menjadi pisau pemangkas.Bangsa-bangsa tidak lagi berperang,dan tidak lagi bersiap untuk menyerang.
5. Hai keturunan Yakub,marilah kita hidup dalam cahaya yang diberikan TUHAN!
6. Ya Allah, Engkau telah meninggalkan umat-Mu, keturunan Yakub! Negeri ini penuh dengan ilmu sihir dari timur dan dari negeri orang Filistin. Penduduk meniru adat istiadat orang bangsa asing.
7. Negeri mereka penuh dengan perak dan emas; harta benda mereka tidak terhingga. Kuda mereka amat banyak dan kereta kuda mereka tidak terbilang.
8. Negeri mereka penuh dengan berhala, dan mereka menyembah patung-patung yang dibuat oleh mereka sendiri.
9. Tiap-tiap orang akan dihinakan dan dipermalukan. Jangan ampuni mereka, ya TUHAN!
10. Mereka akan bersembunyi di dalam gua di bukit-bukit batu, atau menggali lubang di tanah untuk melarikan diri daripada kemurkaan TUHAN, dan bersembunyi daripada kuasa serta kemuliaan-Nya!
11. Harinya akan tiba apabila kesombongan manusia dilenyapkan, dan keangkuhan manusia dimusnahkan. Barulah TUHAN sahaja yang akan dipermuliakan.