12. Orang Moab bersusah payah mendaki bukit ke tempat ibadat mereka untuk berdoa, tetapi usaha mereka sia-sia sahaja.
13. Itulah perkhabaran yang dahulu diberikan oleh TUHAN tentang Moab;
14. tetapi sekarang TUHAN berfirman, “Dalam masa tiga tahun, segala kekayaan yang dibanggakan oleh Moab akan lenyap. Penduduknya yang banyak akan menjadi sangat sedikit dan lemah.”