Yesaya 16:11-14 Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika) (BMDC)

11. Aku mengeluh dengan sedih melihat keadaan Moab dan Kir-Heres.

12. Orang Moab bersusah payah mendaki bukit ke tempat ibadat mereka untuk berdoa, tetapi usaha mereka sia-sia sahaja.

13. Itulah perkhabaran yang dahulu diberikan oleh TUHAN tentang Moab;

14. tetapi sekarang TUHAN berfirman, “Dalam masa tiga tahun, segala kekayaan yang dibanggakan oleh Moab akan lenyap. Penduduknya yang banyak akan menjadi sangat sedikit dan lemah.”

Yesaya 16