Yesaya 10:20-23 Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika) (BMDC)

20. Masanya akan tiba apabila umat Israel yang terselamat tidak lagi bergantung kepada bangsa yang hampir membinasakan mereka. Mereka akan sungguh-sungguh bergantung kepada TUHAN, Allah Israel, Allah yang suci.

21. Sedikit sahaja umat Israel akan kembali kepada Allah yang perkasa.

22. Walaupun sekarang umat Israel sebanyak pasir di tepi laut, hanya sedikit yang akan kembali. Kebinasaan menantikan umat Israel dan memang mereka layak dihukum.

23. Sesungguhnya TUHAN Raja Yang Maha Kuasa akan mendatangkan kebinasaan ke seluruh negeri ini, sebagaimana yang telah difirmankan-Nya.

Yesaya 10