Yesaya 1:17-20 Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika) (BMDC)

17. melainkan belajarlah berbuat baik. Lakukanlah yang adil: tolonglah mereka yang tertindas, berikanlah hak kepada anak yatim piatu, dan belalah perkara para balu.”

18. TUHAN berfirman, “Marilah kita selesaikan perkara ini. Walaupun kamu merah marak kerana dosa kamu, Aku akan mencuci kamu sehingga menjadi putih seperti salji. Walaupun dosa kamu banyak dan berat, kamu akan Aku ampuni sepenuhnya.

19. Jika kamu mahu taat kepada-Ku, kamu akan menikmati hasil tanah kamu.

20. Tetapi jika kamu melawan Aku, kamu pasti mati. Aku, TUHAN telah berfirman.”

Yesaya 1