10. Aku, Yeremia, berkata, “Aku akan meratapi gunung-gunungdan menangisi padang rumput,kerana semuanya sudah keringdan tidak dilalui orang.Bunyi ternakan tidak kedengaran lagi;burung serta binatang liar sudah lari dan pergi.”
11. TUHAN berfirman,“Aku akan menjadikan Yerusalem timbunan runtuhan,tempat persembunyian anjing hutan.Kota-kota Yehuda akan menjadi sunyi,tempat yang tidak lagi dihuni.”
12. Aku bertanya, “Ya TUHAN, mengapa negeri ini menjadi tandus dan kering seperti gurun, sehingga tiada orang melaluinya? Siapakah yang cukup bijak untuk mengerti akan semuanya? Kepada siapakah Engkau memberikan penerangan tentang hal ini supaya dia dapat memberitahu orang lain?”
13. TUHAN menjawab, “Hal itu berlaku kerana umat-Ku tidak lagi memperhatikan ajaran yang Kuberikan kepada mereka. Mereka tidak mentaati Aku dan tidak mematuhi perintah-Ku.
14. Mereka keras kepala dan menyembah berhala-berhala Baal seperti yang diajarkan oleh nenek moyang mereka.
15. Oleh itu dengarlah apa yang akan Aku, TUHAN Yang Maha Kuasa, Allah Israel, lakukan: Aku akan memberi umat-Ku tanaman pahit untuk dimakan dan racun untuk diminum.
16. Aku akan mencerai-beraikan mereka antara bangsa-bangsa yang tidak dikenal oleh mereka atau nenek moyang mereka. Aku akan mengirim tentera untuk menyerang mereka sampai Aku membinasakan mereka sama sekali.”
17. TUHAN Yang Maha Kuasa berfirman kepada umat-Nya,“Perhatikanlah apa yang sedang berlaku!Panggillah peratap upahan.Suruhlah perempuan-perempuan datangdan menyanyikan lagu perkabungan.”
18. Penduduk Yehuda berkata,“Suruhlah mereka segera menyanyikan lagu perkabungan untuk kami,sehingga mata kami dipenuhi air mata,dan kelopak mata kami basah kerana menangis.”
19. Dengarlah suara tangisan di Sion,“Kami sudah hancur!Kami sangat dipermalukan.Kami harus meninggalkan negeri kami;rumah kami sudah dirobohkan.”
20. Aku berkata, “Dengarlah firman TUHAN, hai kaum wanita,perhatikanlah firman-Nya.Ajarlah anak-anak perempuan kamu cara meratap,ajarlah kawan-kawan kamucara menyanyikan lagu perkabungan.
21. Maut telah masuk melalui jendela,dan masuk ke dalam istana kita;maut telah menerkam anak-anak di jalan rayadan kaum belia di lapangan terbuka.
22. Mayat bertaburan di mana-mana,seperti timbunan baja di tanah,seperti gandum yang dipotong dan ditinggalkan oleh para penuai,dan tidak dikumpulkan oleh sesiapa.TUHAN menyuruh aku memberitakan perkhabaran itu.”
23. TUHAN berfirman,“Orang bijak tidak boleh berbangga kerana kebijaksanaan mereka,orang kuat tidak boleh berbangga kerana kekuatan mereka,dan orang kaya tidak boleh berbangga kerana kekayaan mereka.
24. Jika sesiapa hendak berbangga,dia harus berbangga kerana dia mengenal dan memahami Aku,dan bahawa Akulah TUHAN yang mengasihi orang selama-lamanya,dan Aku melakukan yang adil dan benar.Semua itu menyenangkan hati-Ku.Aku, TUHAN, telah berfirman.”