Yeremia 8:19-22 Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika) (BMDC)

19. Dengarlah! Di seluruh negeriaku mendengar bangsaku berseru,“Tiadakah TUHAN di Sion lagi?Di manakah raja Sion kini?”TUHAN, raja mereka menjawab,“Mengapa kamu membangkitkan kemurkaan-Ku?Aku murka kerana kamu menyembah berhala kamudan bersujud kepada dewa-dewa asingyang sama sekali tidak berguna.”

20. Umat Israel berseru,“Musim panas dan musim menuai sudah berlalu,tetapi kami belum diselamatkan.”

21. Hatiku hancur kerana bangsaku hancur;aku berkabung; aku sangat kecewa.

22. Tiadakah ubat di Gilead?Tiadakah doktor di sana?Mengapakah bangsaku tidak sembuh?

Yeremia 8