1. Pada masa itu tulang-tulang para raja dan pegawai pemerintah di Yehuda, dan juga tulang-tulang para imam, nabi, serta penduduk Yerusalem yang lain akan dikeluarkan dari kubur.
2. Tujuannya bukan untuk dikumpulkan dan dikuburkan lagi, melainkan untuk dibiarkan di tanah sebagai baja. Tulang-tulang mereka akan bertaburan di bawah sinaran matahari, bulan, dan bintang-bintang yang dicintai, dilayani, disembah dan dimintai petunjuk oleh mereka.
3. Orang daripada bangsa jahat ini yang masih hidup, yang telah Kucerai-beraikan ke berbagai-bagai tempat, akan lebih suka mati daripada hidup. Aku, TUHAN Yang Maha Kuasa telah berfirman.”
4. TUHAN menyuruh aku menyampaikan kata-kata ini kepada umat-Nya, “Apabila orang jatuh, tentu mereka akan bangun lagi. Apabila orang sesat di jalan, tentu mereka akan kembali ke pangkal jalan.
5. Tetapi mengapa kamu, umat-Ku, terus-menerus meninggalkan Aku dan tidak kembali kepada-Ku? Kamu berpegang teguh kepada berhala kamu dan tidak mahu kembali kepada-Ku.