Yeremia 52:21-22-26 Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika) (BMDC)

3. TUHAN sangat murka terhadap penduduk Yerusalem dan Yehuda sehingga Dia mengusir mereka dan tidak melindungi mereka lagi.Raja Zedekia memberontak terhadap Raja Nebukadnezar dari Babilonia.

4. Oleh itu Raja Nebukadnezar bersama dengan seluruh angkatan tenteranya menyerang Yerusalem pada hari kesepuluh, bulan kesepuluh dalam tahun kesembilan pemerintahan Raja Zedekia. Mereka berkhemah di luar Yerusalem dan membina tembok untuk mengepung kota itu.

5. Mereka terus mengepung kota itu sehingga tahun kesebelas pemerintahan Raja Zedekia.

6. Pada hari kesembilan, bulan keempat tahun itu, apabila kelaparan di kota itu sangat dahsyat sehingga penduduknya tidak mempunyai makanan lagi,

7. tembok kota ditembusi musuh. Walaupun kota itu dikepung oleh orang Babilonia, semua askar Yehuda berjaya melarikan diri. Mereka melarikan diri pada waktu malam, dan mengikut jalan yang melalui taman istana, lalu keluar melalui pintu gerbang yang menghubungkan kedua-dua tembok di tempat itu. Mereka lari menuju Lembah Yordan.

8. Tetapi tentera Babilonia mengejar Raja Zedekia, lalu menangkap baginda di dataran dekat Yerikho. Pada masa itu semua askarnya meninggalkan Raja Zedekia.

9. Raja Zedekia dibawa kepada Raja Nebukadnezar, yang ketika itu berada di Ribla, di wilayah Hamat. Di sana Raja Nebukadnezar menjatuhkan hukuman kepada Raja Zedekia.

21-22. Dua batang tiang itu sama bentuknya: setiap batang tingginya 8 meter, lingkarannya 5.3 meter dan tengah-tengahnya berongga. Gangsa tiang itu setebal 75 milimeter. Di atas setiap tiang itu ada kepala tiang setinggi 2.2 meter. Pada sekeliling kepala tiang ada anyaman gangsa, yang dihiasi buah delima daripada gangsa.

23. Pada anyaman gangsa di setiap tiang itu ada sejumlah 100 buah delima daripada gangsa; 96 daripadanya dapat dilihat dari bawah.

24. Selain itu, Nebuzaradan, panglima tentera itu, menangkap Imam Agung Seraya dan penolongnya, iaitu Imam Zefanya, dan juga tiga orang pegawai tinggi Rumah TUHAN.

25. Dari kota itu Nebuzaradan menangkap seorang panglima tentera, tujuh orang penasihat peribadi raja yang masih tinggal di kota itu, penolong panglima yang mengurus pentadbiran tentera, dan enam puluh orang pembesar lain.

26. Nebuzaradan membawa mereka kepada raja Babilonia, yang ketika itu berada di Ribla,

Yeremia 52