Yeremia 51:62-64 Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika) (BMDC)

62. Selepas itu berdoalah begini, ‘Ya TUHAN, Engkau telah berfirman bahawa Engkau akan memusnahkan negeri ini, sehingga tiada makhluk apa pun tinggal di sini - tiada manusia dan tiada binatang. Tempat ini akan menjadi seperti gurun selama-lamanya.’

63. Hai Seraya, setelah kamu selesai membacakan isi kitab ini kepada mereka, ikatkanlah kitab ini pada sebuah batu lalu lemparkanlah kedua-duanya ke dalam Sungai Efrat.

64. Beritahulah mereka bahawa demikianlah kesudahan Babilonia. Babilonia akan tenggelam dan tidak sekali-kali akan timbul lagi, kerana kemusnahan yang akan didatangkan TUHAN atasnya.”Kata-kata Yeremia berakhir di sini.

Yeremia 51