48. Segala sesuatu di bumi dan di langit akan bersorak apabila negeri Babilonia jatuh ke tangan bangsa dari utara yang datang untuk memusnahkannya.
49. Babilonia telah menyebabkan kematian orang dari seluruh dunia; tetapi sekarang Babilonia akan jatuh, kerana menyebabkan kematian banyak sekali orang Israel. Aku, TUHAN, telah berfirman.”
50. TUHAN berfirman kepada umat-Nya di Babilonia, “Kamu telah terlepas daripada maut. Sekarang larilah! Jangan tunggu lagi! Walaupun kamu jauh dari rumah, ingatlah Aku, TUHAN kamu, dan kenangilah Yerusalem.
51. Kamu berkata, ‘Kami telah dihina dan dipermalukan; kami tidak berdaya sama sekali kerana orang bangsa asing telah menduduki bilik-bilik suci di Rumah TUHAN.’
52. Oleh itu perhatikanlah firman-Ku ini. Masanya akan tiba apabila Aku menghukum berhala-berhala kota Babel. Semua orang yang cedera akan mengerang di seluruh negeri.
53. Walaupun Babel dapat naik ke langit dan membina sebuah kubu yang kuat di situ, Aku masih akan menyuruh orang menghancurkannya. Aku, TUHAN, telah berfirman.”