Yeremia 51:31-34 Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika) (BMDC)

31. Para utusan susul-menyusul untuk memberitahu raja Babilonia bahawa kotanya telah ditembusi dari setiap penjuru.

32. Musuh telah merebut tempat penyeberangan sungai dan membakar kubu-kubu pertahanan. Askar-askar Babilonia cemas.

33. Tidak lama lagi musuh akan mengalahkan mereka dan memijak-mijak mereka seperti orang memijak-mijak gandum di tempat mengirik gandum. Aku, TUHAN Yang Maha Kuasa, Allah Israel, telah berfirman.”

34. Raja Babilonia telah memotong-motong Yerusalemdan memakannya.Dia mengosongkan kota itu seperti orang mengosongkan tempayan.Seperti raksasa, dia menelan kota itu.Dia mengambil apa yang disukainya,dan yang lain dibuangnya.

Yeremia 51