Yeremia 51:19-32 Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika) (BMDC)

19. Allah Yakub tidak seperti dewa-dewa itu;Dialah pencipta segala sesuatu,dan Dia telah memilih Israel menjadi umat-Nya sendiri.Nama-Nya ialah TUHAN Yang Maha Kuasa.

20. TUHAN berfirman,“Hai Babilonia, engkau bagaikan tukul-Ku dan senjata perang-Ku.Aku menggunakan engkau untuk menghancurkan bangsa-bangsa,

21. untuk menghancurkan kuda dan penunggangnya,untuk menghancurkan kereta kuda dan pengenderanya,

22. untuk membunuh lelaki dan wanita,untuk membinasakan orang tua dan orang muda,untuk membunuh anak lelaki dan anak perempuan,

23. untuk menyembelih gembala dan kawanan domba,untuk menyembelih pembajak dan kuda mereka,untuk meremukkan para penguasa dan pegawai mereka.”

24. TUHAN berfirman, “Engkau akan melihat Aku membalas Babilonia dan penduduknya bagi segala kejahatan yang dilakukan mereka terhadap Yerusalem.

25. Hai Babilonia, engkau bagaikan gunung yang memusnahkan seluruh dunia, tetapi Aku, TUHAN ialah musuhmu. Aku akan mengacungkan tangan untuk meratakan engkau dan membiarkan engkau terbakar sehingga menjadi abu.

26. Tiada satu batu pun daripada runtuhanmu akan digunakan semula sebagai bahan binaan. Engkau akan menjadi seperti gurun selama-lamanya. Aku, TUHAN, telah berfirman.”

27. “Berikanlah tanda untuk berperang! Tiuplah trompet supaya didengar oleh bangsa-bangsa! Siapkanlah bangsa-bangsa untuk berperang dengan Babilonia! Suruhlah kerajaan Ararat, Mini, dan Askenas berperang. Lantiklah seorang pegawai tentera untuk memimpin serangan itu. Kerahkanlah kuda yang sebanyak kawanan belalang!

28. Siapkanlah bangsa-bangsa untuk berperang dengan Babilonia. Panggillah raja-raja Media, para pemimpin dan pegawai tentera mereka, dan juga tentera semua negeri di bawah jajahan mereka.

29. Bumi bergoncang dan bergoyang kerana TUHAN sedang melaksanakan rancangan-Nya untuk menjadikan Babilonia gurun, tempat yang tidak didiami manusia.

30. Askar-askar Babilonia tidak lagi berperang. Mereka telah hilang keberanian, dan sedang bersembunyi di dalam kubu-kubu; mereka takut seperti perempuan. Pintu gerbang kota telah dirobohkan dan rumah-rumah terbakar.

31. Para utusan susul-menyusul untuk memberitahu raja Babilonia bahawa kotanya telah ditembusi dari setiap penjuru.

32. Musuh telah merebut tempat penyeberangan sungai dan membakar kubu-kubu pertahanan. Askar-askar Babilonia cemas.

Yeremia 51