10. TUHAN berfirman, “Umat-Ku berseru, ‘TUHAN telah menunjukkan bahawa kita benar. Marilah kita beritahu penduduk Yerusalem apa yang telah dilakukan oleh TUHAN, Allah kita.’ ”
11. TUHAN telah menggerakkan hati raja-raja Media kerana Dia hendak memusnahkan Babilonia. Demikianlah caranya Dia membalas dendam kerana Rumah-Nya telah dimusnahkan.TUHAN memberikan perintah, “Tajamkanlah panah! Siapkanlah perisai!
12. Berikanlah isyarat untuk menyerang tembok kota Babel. Kuatkanlah pengawalan! Tugaskanlah askar-askar di tempat masing-masing! Adanglah musuh!”TUHAN telah melakukan apa yang difirmankan-Nya tentang orang Babilonia.
13. Negeri itu sangat kaya dan sungainya banyak, tetapi kesudahannya sudah tiba dan masa hidupnya sudah habis.
14. TUHAN Yang Maha Kuasa telah bersumpah demi diri-Nya sendiri bahawa Dia akan mendatangkan orang sebanyak sekawanan belalang untuk menyerang Babilonia, dan mereka akan meneriakkan sorak kemenangan.
15. TUHAN menciptakan bumi dengan kuasa-Nya;Dia menciptakan dunia dengan hikmat-Nya,dan membentangkan langit dengan pengertian-Nya.
16. Atas perintah-Nya air di atas langit menderu;Dia mendatangkan awan dari hujung bumi.Dia menyebabkan kilat memancar di dalam hujan,dan mengeluarkan angin dari tempat penyimpanan.
17. Melihat semua itu, manusia tertegun dan berasa bodoh;orang yang membuat berhala kecewakerana dewa-dewa itu palsu dan tidak bernyawa.
18. Dewa-dewa itu tidak berguna dan harus dihina;semua itu akan dimusnahkanapabila TUHAN datang untuk menjatuhkan hukuman.
19. Allah Yakub tidak seperti dewa-dewa itu;Dialah pencipta segala sesuatu,dan Dia telah memilih Israel menjadi umat-Nya sendiri.Nama-Nya ialah TUHAN Yang Maha Kuasa.
20. TUHAN berfirman,“Hai Babilonia, engkau bagaikan tukul-Ku dan senjata perang-Ku.Aku menggunakan engkau untuk menghancurkan bangsa-bangsa,
21. untuk menghancurkan kuda dan penunggangnya,untuk menghancurkan kereta kuda dan pengenderanya,
22. untuk membunuh lelaki dan wanita,untuk membinasakan orang tua dan orang muda,untuk membunuh anak lelaki dan anak perempuan,