1. TUHAN berfirman, “Aku sedang mendatangkan angin yang memusnahkan ke arah Babilonia dan penduduknya.
2. Aku akan mengirim orang bangsa asing untuk memusnahkan Babilonia seperti angin yang meniupkan jerami. Apabila hari kemusnahan itu tiba, mereka akan menyerang dari segala arah, lalu menjadikan negeri itu kosong.
3. Jangan berikan peluang kepada askarnya untuk memanah atau mengenakan baju zirah. Jangan biarkan kaum pemudanya hidup! Binasakanlah seluruh angkatan tenteranya!
4. Mereka akan cedera dan mati di jalan-jalan kota mereka.
5. Aku TUHAN, Allah Yang Maha Kuasa, belum meninggalkan Israel dan Yehuda, walaupun mereka telah berdosa terhadap Aku, Yang Maha Suci, Allah Israel.
6. Larilah dari Babilonia! Selamatkanlah diri kamu! Jangan terbunuh kerana dosa orang Babilonia. Sekarang Aku sedang membalas dendam-Ku dan menghukum mereka setimpal dengan perbuatan mereka.
7. Dahulu Babilonia seperti cawan emas dalam tangan-Ku, dan menyebabkan semua bangsa di bumi mabuk. Bangsa-bangsa minum wain dari cawan itu sehingga mereka menjadi gila.