29. “Suruhlah pasukan pemanah menyerang Babel. Kerahlah setiap orang yang tahu menggunakan busur dan panah. Kepunglah kota itu dan jangan benarkan sesiapa pun melarikan diri. Balaslah segala perbuatan Babel; perlakukanlah Babel sebagaimana Babel telah memperlakukan orang lain, kerana Babel bertindak dengan angkuh terhadap Aku, Yang Maha Suci, Allah Israel.
30. Itulah sebabnya kaum pemuda Babel akan dibunuh di jalan-jalan kota, dan semua askarnya dibinasakan pada hari itu. Aku, TUHAN, telah berfirman.
31. Hai Babilonia, engkau penuh kesombongan. Itulah sebabnya Aku, TUHAN Raja Yang Maha Kuasa, menentang engkau! Tibalah masanya Aku menghukum engkau.