28. Orang pelarian melarikan diri dari Babilonia lalu datang ke Yerusalem; mereka menceritakan bagaimana TUHAN, Allah kita membalas perbuatan orang Babilonia terhadap Rumah TUHAN.)
29. “Suruhlah pasukan pemanah menyerang Babel. Kerahlah setiap orang yang tahu menggunakan busur dan panah. Kepunglah kota itu dan jangan benarkan sesiapa pun melarikan diri. Balaslah segala perbuatan Babel; perlakukanlah Babel sebagaimana Babel telah memperlakukan orang lain, kerana Babel bertindak dengan angkuh terhadap Aku, Yang Maha Suci, Allah Israel.
30. Itulah sebabnya kaum pemuda Babel akan dibunuh di jalan-jalan kota, dan semua askarnya dibinasakan pada hari itu. Aku, TUHAN, telah berfirman.