25. Tetapi dosa kamu telah menghalang semua perkara baik itu sehingga kamu tidak dapat menikmatinya.
26. Orang jahat tinggal di kalangan umat-Ku. Mereka seperti orang yang menunggui jerat yang dipasang untuk menangkap burung, kerana mereka memasang perangkap untuk menangkap manusia.
27. Mereka seperti pemburu burung yang mengisi sangkar dengan burung, kerana mereka mengisi rumah dengan barang-barang yang diperoleh dengan penipuan. Demikianlah mereka menjadi berkuasa dan kaya,
28. serta gemuk dan makmur. Kejahatan mereka tiada batasnya. Mereka tidak membela hak anak yatim piatu, dan tidak berlaku adil terhadap orang yang tertindas.
29. Tetapi Aku, TUHAN akan menghukum mereka kerana semua perkara itu; Aku akan membalas perbuatan bangsa ini.