Mereka berkata bahawa nabi-nabi itu bercakap angin sahaja kerana mereka tidak mempunyai perkhabaran daripada TUHAN. TUHAN Allah Yang Maha Kuasa berfirman kepadaku, “Hai Yeremia, oleh sebab semua orang ini berkata begitu, Aku akan menjadikan firman-Ku seperti api di dalam mulutmu. Bangsa ini akan menjadi seperti kayu, dan api itu akan membakar mereka.”