Yeremia 49:6-8 Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika) (BMDC)

6. Tetapi pada kemudian hari, Aku akan menjadikan Amon makmur semula. Aku, TUHAN, telah berfirman.”

7. Demikianlah firman TUHAN tentang negeri Edom, “Sudah hilangkah akal budi penduduk Edom? Tidak dapatkah para pemimpin mereka menasihatkan mereka lagi? Sudah lenyapkah kebijaksanaan mereka?

8. Hai penduduk kota Dedan, berpalinglah dan larilah! Bersembunyilah! Aku akan membinasakan keturunan Esau, kerana masanya sudah tiba bagi-Ku untuk menghukum mereka.

Yeremia 49