Yeremia 49:29-32 Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika) (BMDC)

29. Rampaslah semua khemah dan ternakan mereka, tirai khemah dan apa sahaja yang ada di dalam khemah. Rampaslah unta mereka dan beritahulah mereka, ‘Kegentaran mengelilingi kamu!’

30. Hai penduduk kota Hazor, Aku, TUHAN, memberikan amaran kepada kamu: Larilah jauh-jauh dan bersembunyilah. Raja Nebukadnezar dari Babilonia, telah merancang untuk melawan kamu. Raja itu bertitah,

31. ‘Marilah kita serang orang yang berasa aman dan selamat! Kota mereka sama sekali tidak dilindungi kerana tidak mempunyai pintu gerbang ataupun palang pintu.’

32. Rampaslah unta dan semua ternakan mereka! Aku akan mencerai-beraikan semua orang yang memendekkan rambut mereka. Aku akan mendatangkan bencana kepada mereka dari segala arah.

Yeremia 49