Yeremia 49:19 Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika) (BMDC)

Sebagaimana singa keluar dari hutan tebal di tepi Sungai Yordan lalu naik ke padang rumput yang hijau, demikianlah Aku akan datang dan menyebabkan orang Edom lari dengan tiba-tiba dari negeri mereka. Selepas itu pemimpin yang Aku pilih akan memerintah negeri itu. Siapakah yang setara dengan Aku? Siapakah yang berani mencabar Aku? Penguasa manakah yang sanggup menentang Aku?

Yeremia 49

Yeremia 49:9-23