Yeremia 49:13 Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika) (BMDC)
Aku sendiri telah bersumpah bahawa kota Bozra akan menjadi gurun yang mengerikan. Orang akan mentertawakannya dan menggunakan namanya sebagai kutuk. Pekan-pekan di sekitarnya pun akan menjadi runtuhan selama-lamanya. Aku, TUHAN, telah berfirman.”