Yeremia 44:11-14 Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika) (BMDC)

11. Oleh itu Aku, TUHAN Yang Maha Kuasa, Allah Israel, akan menentang kamu dan memusnahkan seluruh Yehuda.

12. Rakyat yang masih tinggal di Yehuda, dan yang nekad pergi ke Mesir dan tinggal di sana, pasti Aku binasakan. Mereka semua, baik besar mahupun kecil, akan mati di Mesir dalam peperangan atau kerana kelaparan. Keadaan mereka akan mengerikan. Orang akan menghina mereka dan menggunakan nama mereka sebagai kutuk.

13. Aku akan menghukum mereka yang tinggal di Mesir, sebagaimana Aku menghukum Yerusalem dengan peperangan, kelaparan, dan wabak.

14. Tiada seorang pun daripada orang Yehuda yang tinggal di Mesir akan terselamat atau hidup. Tiada seorang pun akan pulang ke Yehuda, tanah air yang dirindu-rindukan mereka sebagai tempat tinggal. Tiada yang akan pulang kecuali beberapa orang pelarian.”

Yeremia 44