1. TUHAN berfirman kepadaku tentang semua orang Israel yang tinggal di Mesir, di kota Migdol, Tahpanhes, Memfis, dan bahagian selatan negeri itu.
2. Inilah firman TUHAN Yang Maha Kuasa, Allah Israel, “Kamu sendiri telah menyaksikan kemusnahan yang Aku timpakan pada Yerusalem dan semua kota lain di Yehuda. Bahkan sampai sekarang pun kota-kota itu masih dalam keadaan runtuhan dan tidak berpenghuni.
3. Kemusnahan itu berlaku kerana penduduknya telah berbuat jahat dan membangkitkan kemurkaan-Ku. Mereka mempersembahkan korban kepada dewa-dewa, dan memuja dewa-dewa yang tidak pernah dipuja oleh mereka, kamu, atau nenek moyang kamu.
4. Aku terus-menerus mengutus hamba-Ku, para nabi kepada kamu; mereka melarang kamu melakukan kejahatan yang Aku benci.
24-25. Aku memberitahu mereka semua, terutama kaum wanita, firman TUHAN Yang Maha Kuasa, Allah Israel, kepada orang Yehuda yang tinggal di Mesir, “Kamu dan isteri-isteri kamu telah bersumpah kepada Ratu Syurga, bahawa kamu akan mempersembahkan korban dan wain kepadanya, dan kamu sudah pun menepati janji kamu. Baiklah, tepatilah janji kamu itu! Tunaikanlah nazar kamu itu!