14. dan berkata kepadanya, “Tidakkah tuan tahu bahawa Raja Baalis dari Amon, telah mengutus Ismael untuk membunuh tuan?” Tetapi Gedalya tidak percaya.
15. Kemudian Yohanan berkata kepadanya dengan sembunyi-sembunyi, “Benarkanlah saya membunuh Ismael. Tiada sesiapa pun akan mengetahuinya. Mengapakah dia dibiarkan membunuh tuan? Hal itu akan menyebabkan semua orang Yahudi yang telah berkumpul dengan tuan tercerai-cerai semula, dan bencana akan menimpa semua orang yang masih tinggal di Yehuda.”
16. Tetapi Gedalya menjawab, “Jangan lakukan niatmu itu! Kata-katamu tentang Ismael itu tidak benar!”