22. TUHAN berfirman, “Umat-Ku bodoh;mereka tidak mengenal Aku.Mereka seperti anak-anak bodoh,mereka tidak mempunyai pengertian.Mereka mahir melakukan kejahatan,tetapi gagal melakukan kebaikan.”
23. Aku memandang bumi -nampaknya kosong dan gersang.Aku menengadah ke langit -tidak ada yang terang.
24. Aku memandang gunung-gunung -semuanya bergoncang,dan bukit-bukit bergoyang.
25. Aku tidak nampak manusia;burung pun sudah terbang semua.
26. Tanah subur sudah menjadi gurun;kota-kotanya tinggal reruntuhan,kerana TUHAN sangat murka.(
27. TUHAN berfirman bahawa seluruh bumi akan menjadi gurun, tetapi Dia tidak akan memusnahkannya sama sekali.)
28. Bumi akan meratap;langit akan menjadi gelap.TUHAN telah berfirmandan tidak akan mengubah rancangan.Dia telah mengambil keputusandan tidak akan mengubah pendirian.
29. Hiruk-pikuk pasukan berkuda dan pemanah,menyebabkan orang melarikan diri dari semua kota.Sesetengah orang lari ke hutan,yang lain memanjat bukit batu.Semua kota akan ditinggalkan,tiada orang yang mahu tinggal di situ.
30. Hai Yerusalem, engkau ditimpa bencana!Mengapa engkau memakai baju merah?Mengapa engkau menghias diri dengan barang kemas,serta menyolek mata dengan celak?Sia-sialah engkau mencantikkan dirimu!Semua bekas kekasihmu menghina engkau,malah mereka mahu mencabut nyawamu.
31. Aku mendengar suara rintihanseperti wanita sedang bersalin;seperti teriakan wanita yang melahirkan anak pertama.Begitulah tangisan Yerusalem yang terengah-engah,serta menghulurkan tangan dan berkata,“Malanglah aku!Mereka datang membunuh aku!”