Yeremia 4:20-29 Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika) (BMDC)

20. Bencana demi bencana menimpa,seluruh negeri hancur musnah.Tiba-tiba khemah kami dirosakkan,kain-kainnya dikoyakkan.

21. Sampai bilakah aku harus menyaksikan kesengitan peperangan,dan mendengar bunyi trompet yang memekakkan?

22. TUHAN berfirman, “Umat-Ku bodoh;mereka tidak mengenal Aku.Mereka seperti anak-anak bodoh,mereka tidak mempunyai pengertian.Mereka mahir melakukan kejahatan,tetapi gagal melakukan kebaikan.”

23. Aku memandang bumi -nampaknya kosong dan gersang.Aku menengadah ke langit -tidak ada yang terang.

24. Aku memandang gunung-gunung -semuanya bergoncang,dan bukit-bukit bergoyang.

25. Aku tidak nampak manusia;burung pun sudah terbang semua.

26. Tanah subur sudah menjadi gurun;kota-kotanya tinggal reruntuhan,kerana TUHAN sangat murka.(

27. TUHAN berfirman bahawa seluruh bumi akan menjadi gurun, tetapi Dia tidak akan memusnahkannya sama sekali.)

28. Bumi akan meratap;langit akan menjadi gelap.TUHAN telah berfirmandan tidak akan mengubah rancangan.Dia telah mengambil keputusandan tidak akan mengubah pendirian.

29. Hiruk-pikuk pasukan berkuda dan pemanah,menyebabkan orang melarikan diri dari semua kota.Sesetengah orang lari ke hutan,yang lain memanjat bukit batu.Semua kota akan ditinggalkan,tiada orang yang mahu tinggal di situ.

Yeremia 4