Yeremia 4:11-19 Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika) (BMDC)

11. Masanya akan tiba apabila penduduk Yerusalem diberitahu bahawa angin panas dari gurun sedang bertiup ke arah mereka. Angin itu bukan angin yang hanya menerbangkan sekam,

12. melainkan angin kuat yang datang atas perintah TUHAN. TUHAN sendirilah yang menjatuhkan hukuman terhadap umat-Nya.

13. Lihatlah musuh muncul seperti awan. Kereta kudanya seperti puting beliung, dan kudanya lebih pantas daripada burung helang. Kita ditimpa malang! Kita binasa!

14. Hai Yerusalem, bersihkanlah hatimu daripada segala kejahatan supaya engkau diselamatkan. Sampai bilakah engkau memikirkan perkara jahat?

15. Para utusan dari kota Dan serta perbukitan Efraim datang untuk mengumumkan berita buruk.

16. Mereka memberikan amaran kepada bangsa-bangsa dan memberitahu penduduk Yerusalem bahawa musuh sedang datang dari negeri yang jauh. Musuh akan memekik untuk menentang kota-kota Yehuda

17. dan mengepung Yerusalem seperti orang mengawal ladang. Semua perkara itu berlaku kerana penduduk Yehuda telah memberontak terhadap TUHAN. TUHAN telah berfirman.

18. Hai Yehuda, engkau sendiri telah mendatangkan bencana itu kepada dirimu. Cara hidup dan perbuatanmu yang berdosa telah menyebabkan semua penderitaan itu, dan menusuk hatimu.

19. Alangkah pedihnya hatiku.Aku tidak tahan lagi menderita.Hatiku berdebar-debar,aku tidak dapat bertenang.Oleh sebab aku mendengar bunyi trompet,dan pekik peperangan.

Yeremia 4