Yeremia 37:2-7 Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika) (BMDC)

2. Tetapi Raja Zedekia, pegawai-pegawainya, dan rakyat tidak taat kepada perkhabaran TUHAN yang diberikan-Nya melalui aku.

3. Raja Zedekia menyuruh Yukhal anak Selemya, dan Imam Zefanya anak Maaseya untuk minta supaya aku berdoa kepada TUHAN, Allah kita, bagi negeri kita.

4. Ketika itu aku belum dipenjarakan dan masih bebas bergerak antara rakyat.

5. Tentera Babilonia sedang mengepung Yerusalem. Tetapi apabila mereka mendengar bahawa tentera Mesir sudah keluar dari Mesir untuk berperang, mereka berundur.

6. Kemudian TUHAN, Allah Israel, menyuruh aku

7. berkata kepada Raja Zedekia, “Tentera Mesir sedang datang untuk menolongmu, tetapi mereka akan pulang.

Yeremia 37