Yeremia 35:18-19 Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika) (BMDC)

18. Kemudian Aku memberitahu puak Rekhab, bahawa TUHAN Yang Maha Kuasa, Allah Israel berfirman, “Kamu telah mentaati perintah nenek moyang kamu Yonadab; kamu telah menurut dan melakukan semua perintahnya.

19. Oleh itu, Aku, TUHAN Yang Maha Kuasa, Allah Israel, berjanji bahawa Yonadab anak Rekhab akan sentiasa mempunyai keturunan lelaki yang mengabdi kepada-Ku.”

Yeremia 35