9. orang Ibrani yang menjadi hamba mereka, baik lelaki mahupun perempuan, supaya tiada seorang pun daripada bangsa Israel yang memperhamba sesama bangsanya.
10. Semua rakyat dan pemimpin mereka bersetuju untuk membebaskan hamba mereka, dan tidak sekali-kali akan memperhamba mereka lagi. Demikianlah yang dilakukan oleh mereka.
11. Tetapi tidak lama kemudian, mereka mengubah fikiran. Mereka mengambil kembali hamba-hamba yang telah dibebaskan itu dan memaksa mereka menjadi hamba semula.
12. Lalu TUHAN,
13. Allah Israel, menyuruh aku berkata kepada umat itu, “Aku telah membuat perjanjian dengan nenek moyang kamu ketika Aku membawa mereka keluar dari Mesir dan membebaskan mereka daripada perhambaan. Aku memberitahu mereka bahawa
14. tiap-tiap tujuh tahun mereka mesti membebaskan sesiapa sahaja orang Ibrani yang telah menjadi hamba mereka selama enam tahun. Tetapi nenek moyang kamu tidak memperhatikan atau mendengarkan firman-Ku.
15. Beberapa hari yang lalu, kamu melakukan perkara yang menyukakan hati-Ku. Kamu semua bersetuju untuk membebaskan sesama bangsa kamu yang menjadi hamba. Kamu membuat perjanjian di hadapan-Ku di Rumah-Ku, tempat Aku disembah.
16. Tetapi kemudian kamu mengubah fikiran dan menghina Aku. Hamba-hamba yang telah kamu bebaskan menurut kehendak mereka, telah kamu ambil kembali dan kamu paksa menjadi hamba semula.
17. Oleh itu sekarang, Aku, TUHAN, berfirman: Kamu tidak taat kepada-Ku; kamu tidak membebaskan sesama bangsa kamu yang menjadi hamba. Jika demikian, Aku akan memberi kamu kebebasan: kebebasan untuk mati kerana peperangan, wabak, dan kebuluran. Aku akan menyebabkan setiap bangsa di dunia ngeri melihat hal yang Aku lakukan kepada kamu.
20. Aku akan menyerahkan mereka kepada musuh yang hendak membunuh mereka. Mayat mereka akan dimakan burung dan binatang liar.
21. Aku juga akan menyerahkan Raja Zedekia dari Yehuda, dan para pegawainya kepada orang yang hendak membunuh mereka. Aku akan menyerahkan mereka kepada tentera Babilonia, yang telah menghentikan serangan terhadap kamu.
22. Aku akan memberikan perintah, lalu mereka akan menyerang kota ini semula. Mereka akan merebut kota ini lalu membakarnya. Aku akan menjadikan kota-kota di Yehuda seperti gurun yang tidak didiami orang. Aku, TUHAN, telah berfirman.”