Yeremia 31:35-39 Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika) (BMDC)

35. TUHAN menyediakan matahari untuk menerangi siang;Dia menyediakan bulan dan bintang untuk menerangi malam.Dia menyebabkan air laut bergelora sehingga bergemuruh,nama-Nya TUHAN Yang Maha Kuasa.

36. Dia berjanji bahawa selama hukum alam tidak berubah,Israel pun akan tetap ada sebagai bangsa.

37. Seandainya pada suatu masa langit dapat diukur,dan dasar bumi dapat diselidiki,pada masa itulah Israel akan ditolak oleh-Nyakerana segala perbuatan mereka.TUHAN telah berfirman.

38. TUHAN berfirman, “Masanya akan tiba apabila seluruh Yerusalem dibina semula sebagai kota-Ku, dari Menara Hananeel sampai ke Pintu Gerbang Sudut.

39. Dari situ sempadannya menuju ke Bukit Gareb, lalu membelok ke Goa.

Yeremia 31