1. TUHAN, Allah Israel,
2. berfirman kepadaku, “Tulislah di dalam sebuah kitab semua yang telah Kufirmankan kepadamu,
3. kerana masanya akan tiba apabila Aku memulihkan keadaan umat-Ku, Israel dan Yehuda. Aku akan membawa mereka kembali ke negeri yang telah Kuberikan kepada nenek moyang mereka. Mereka akan memiliki negeri itu semula. Aku, TUHAN, telah berfirman.”
4. TUHAN berfirman kepada umat Israel dan Yehuda,
5. “Aku telah mendengarjeritan orang yang gentar,jeritan orang yang ketakutan,yang tidak mempunyai ketenteraman.
21-22. Penguasa mereka akan datang daripada bangsa mereka,raja mereka berasal daripada kaum mereka.Dia akan menghadap Aku apabila Aku menjemput dia,kerana siapakah yang berani menghadap tanpa dijemput?Mereka akan menjadi umat-Kudan Aku menjadi Allah mereka.Aku, TUHAN, telah berfirman.”
23-24. Kemurkaan TUHAN bagaikan angin ribut, umpama angin kencang yang mengamuk dan melanda orang jahat, dan tidak akan reda sebelum segala niat hati-Nya dilaksanakan. Umat-Nya akan memahami hal itu pada kemudian hari.