Yeremia 30:1-3 Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika) (BMDC)

1. TUHAN, Allah Israel,

2. berfirman kepadaku, “Tulislah di dalam sebuah kitab semua yang telah Kufirmankan kepadamu,

3. kerana masanya akan tiba apabila Aku memulihkan keadaan umat-Ku, Israel dan Yehuda. Aku akan membawa mereka kembali ke negeri yang telah Kuberikan kepada nenek moyang mereka. Mereka akan memiliki negeri itu semula. Aku, TUHAN, telah berfirman.”

21-22. Penguasa mereka akan datang daripada bangsa mereka,raja mereka berasal daripada kaum mereka.Dia akan menghadap Aku apabila Aku menjemput dia,kerana siapakah yang berani menghadap tanpa dijemput?Mereka akan menjadi umat-Kudan Aku menjadi Allah mereka.Aku, TUHAN, telah berfirman.”

23-24. Kemurkaan TUHAN bagaikan angin ribut, umpama angin kencang yang mengamuk dan melanda orang jahat, dan tidak akan reda sebelum segala niat hati-Nya dilaksanakan. Umat-Nya akan memahami hal itu pada kemudian hari.

Yeremia 30