Yeremia 25:34-38 Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika) (BMDC)

34. Menangislah, hai para pemimpin, kamu yang menjadi gembala umat-Ku, menangislah kuat-kuat! Merataplah dan berguling-gulinglah dalam debu, kerana sudah tiba masanya kamu dibantai; kamu akan disembelih seperti domba jantan.

35. Kamu pasti tidak dapat menyelamatkan diri.

36-37. Kamu mengerang dan menangis dengan pilu kerana TUHAN dalam kemurkaan-Nya telah membinasakan bangsa kamu serta memusnahkan negeri kamu yang aman.

38. TUHAN telah meninggalkan umat-Nya seperti singa yang meninggalkan guanya. Kedahsyatan peperangan dan kemurkaan TUHAN telah mengubah negeri ini menjadi gurun.

Yeremia 25