Yeremia 23:2-15 Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika) (BMDC)

2. Inilah yang difirmankan TUHAN, Allah Israel, tentang para penguasa yang seharusnya menjaga umat-Nya, “Kamu tidak menjaga umat-Ku; sebaliknya kamu mencerai-beraikan dan mengusir mereka. Sekarang Aku akan menghukum kamu kerana kejahatan kamu.

3. Aku akan mengumpulkan umat-Ku yang lain dari negeri-negeri tempat Aku mencerai-beraikan mereka. Aku akan membawa mereka kembali ke tanah air mereka. Mereka akan mempunyai banyak keturunan dan mereka akan bertambah banyak.

4. Aku akan melantik penguasa untuk menjaga mereka. Umat-Ku tidak akan takut atau gentar lagi; Aku tidak akan menghukum mereka lagi. Aku, TUHAN, telah berfirman.”

5. TUHAN berfirman, “Masanya akan tiba apabila Aku melantik seorang raja yang adil daripada keturunan Daud. Raja itu akan memerintah dengan bijaksana, dan melakukan apa yang adil dan benar di seluruh negeri.

6. Apabila dia menjadi raja, orang Yehuda akan selamat, dan orang Israel akan hidup dengan damai. Raja itu akan disebut ‘TUHAN Penyelamat Kita’.

7. Masanya akan tiba apabila orang tidak lagi bersumpah demi Aku, Allah yang hidup, yang membawa umat Israel keluar dari Mesir.

8. Tetapi mereka akan bersumpah demi Aku, Allah yang hidup, yang membawa umat Israel keluar dari sebuah negeri di utara, dan dari semua negeri lain tempat Aku mencerai-beraikan mereka. Kemudian mereka akan tinggal di tanah air mereka sendiri.”

9. Hatiku hancurdan aku gementar.TUHAN dan firman-Nya yang sucimenjadikan aku seperti orang mabuk,orang yang minum terlalu banyak wain.

10. Negeri penuh dengan orang yang tidak setia kepada TUHAN.Hidup mereka jahat dan mereka menyalahgunakan kuasa.Rumput di padang menjadi kering dan seluruh negeri berkabung,kerana dikutuk oleh TUHAN.

11. TUHAN berfirman,“Nabi dan imam tidak mahu taat kepada-Ku.Aku mendapati mereka berbuat jahat bahkan di Rumah-Ku.

12. Oleh itu, jalan yang dilalui mereka akan licin dan gelap;Aku akan menyebabkan mereka tersandung dan jatuh.Aku akan mendatangkan malapetaka kepada mereka,apabila masanya tiba untuk menghukum mereka.Aku, TUHAN, telah berfirman.

13. Aku telah nampak dosa nabi-nabi Samaria.Mereka berucap demi nama Baal,dan menyesatkan umat-Ku Israel.

14. Tetapi di Yerusalem, Aku nampak nabi-nabimelakukan hal-hal yang lebih jahat lagi.Mereka berdusta dan berzina,serta menyokong orang yang berbuat jahat,sehingga tiada seorang pun mahu bertaubat.Bagi-Ku, mereka semua jahatseperti penduduk Sodom dan Gomora.”

15. Inilah firman TUHAN Yang Maha Kuasa tentang nabi-nabi di Yerusalem, “Aku akan memberi mereka tanaman pahit sebagai makanan dan racun sebagai minuman, kerana mereka menyebabkan orang di seluruh negeri tidak mentaati Aku.”

Yeremia 23