8. Kemudian TUHAN menyuruh aku berkata kepada umat-Nya, “Dengarlah! Aku, TUHAN, memberikan pilihan kepada kamu: jalan yang menuju kehidupan, atau jalan yang menuju kematian.
9. Setiap orang yang tinggal di dalam kota akan mati kerana peperangan atau kebuluran atau wabak. Tetapi mereka yang keluar untuk menyerah diri kepada orang Babilonia yang sedang menyerang kota ini akan terselamat dan tidak dibunuh.
10. Aku telah mengambil keputusan untuk menghancurkan kota ini, dan tidak akan menyelamatkannya. Kota ini akan diserahkan kepada raja Babilonia, dan raja itu akan membakarnya sampai habis sama sekali. Aku, TUHAN, telah berfirman.”