Yeremia 21:5-7 Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika) (BMDC)

5. Aku akan memerangi kamu dengan sekuat tenaga dan kemurkaan yang meluap-luap.

6. Aku akan membunuh penduduk kota ini; baik manusia mahupun binatang akan mati kerana wabak penyakit yang dahsyat.

7. Engkau dan para pegawaimu serta semua orang yang terselamat dari peperangan, kebuluran, dan wabak, akan Kubiarkan ditangkap oleh Raja Nebukadnezar dan oleh musuh yang mahu membunuh kamu. Raja Nebukadnezar akan membunuh kamu semua tanpa ampun atau belas kasihan. Aku, TUHAN, telah berfirman.”

Yeremia 21