Yeremia 21:1-5 Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika) (BMDC)

1. Raja Zedekia dari Yehuda, mengutus Imam Pasyhur anak Malkia dan Imam Zefanya anak Maaseya, kepadaku. Raja menyuruh mereka menyampaikan permintaan ini kepadaku,

2. “Mintalah petunjuk daripada TUHAN untuk kita, kerana Raja Nebukadnezar dari Babilonia bersama dengan pasukannya, sedang mengepung kota kita. Mungkin TUHAN akan melakukan mukjizat untuk kita, dan memaksa Raja Nebukadnezar berundur.”

3. Kemudian TUHAN berfirman kepadaku, dan aku menyuruh kedua-dua orang utusan itu supaya

4. memberitahu Raja Zedekia bahawa TUHAN, Allah Israel, berfirman begini, “Zedekia, Aku akan mengalahkan pasukanmu yang sedang bertempur melawan raja Babilonia dan pasukannya. Aku akan melonggokkan semua senjata tenteramu di tengah-tengah kota.

5. Aku akan memerangi kamu dengan sekuat tenaga dan kemurkaan yang meluap-luap.

11-12. TUHAN menyuruh aku menyampaikan perkhabaran ini kepada keluarga diraja Yehuda, keturunan Raja Daud, “Dengarkan apa yang Aku, TUHAN, firmankan. Berusahalah supaya keadilan dilakukan setiap hari. Lepaskanlah orang yang ditipu daripada kekuasaan orang yang menipunya. Jika tidak, kejahatan yang kamu lakukan akan menjadikan kemurkaan-Ku menyala seperti api yang tidak dapat dipadamkan.”

Yeremia 21