Yeremia 2:3-18 Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika) (BMDC)

3. Hai Israel, engkau milik-Ku sendiri,engkau milik-Ku yang khas.Aku mendatangkan penderitaan dan bencanakepada semua orang yang mencederakan engkau.Aku, TUHAN telah berfirman.”

4. Dengarlah perkhabaran TUHAN, hai keturunan Yakub, suku-suku Israel.

5. TUHAN berfirman,“Apakah tuduhan nenek moyang kamu terhadap Aku?Mengapa mereka berpaling daripada-Ku?Mereka menyembah berhala-berhala yang sia-sia,sehingga mereka sendiri menjadi tidak berguna.

6. Mereka tidak mempedulikan Aku,walaupun Aku menyelamatkan mereka dari Mesirdan memimpin mereka melintasi gurun:tanah tandus dan bukit pasir,tanah kering dan berbahaya,tanah yang tidak didiamidan tidak dilalui orang.

7. Aku membawa mereka ke tanah yang suburuntuk menikmati hasilnya dan segala yang baik.Tetapi mereka merosakkan tanah-Ku;mereka menajiskan negeri yang Aku berikan kepada mereka.

8. Para imam tidak bertanya,‘Di manakah TUHAN?’Para imam-Ku pun tidak tahu siapa Aku.Para penguasa memberontak terhadap Aku;para nabi berucap demi nama Baaldan menyembah berhala yang sia-sia.”

9. TUHAN berfirman,“Oleh itu Aku akan membentangkan perkara-Ku lagi terhadap umat-Ku.Aku akan mengemukakan tuduhan terhadap keturunan mereka.

10. Pergilah ke pulau Siprus di sebelah barat,suruhlah orang pergi ke timur, ke tanah Kedar.Engkau akan melihat bahawa hal seperti ini tidak pernah berlaku.

11. Tiada bangsa mana pun yang pernah menggantikan tuhannya,walaupun tuhan-tuhan itu bukan Allah sebenarnya.Tetapi umat-Ku telah menggantikan Aku,Allah yang telah memberikan mereka kedudukan yang mulia,dengan sesuatu yang tidak dapat melakukan apa-apa.

12. Oleh itu Aku memerintahkan langit bergoncang kerana ngeri,hairan dan terperanjat,

13. kerana umat-Ku telah melakukan dua dosa:mereka meninggalkan Aku,sumber air pemberi hidup kepada manusia,dan mereka menggali kolamyang bocor dan tidak dapat menampung air.”

14. “Israel bukan hamba;dia tidak dilahirkan sebagai hamba.Tetapi mengapa dia diburu oleh musuhnya?

15. Musuhnya mengaum seperti singa terhadapnya,dan menjadikan tanahnya tandus dan sunyi;kota-kotanya tinggal runtuhan, dan tidak berpenghuni.

16. Orang Memfis dan Tahpanhestelah meremukkan tengkoraknya.

17. Hai Israel, engkau sendiri menyebabkanhal ini berlaku kepadamu.Engkau meninggalkan Aku, TUHAN Allahmu,semasa Aku memimpin engkau dalam perjalananmu.

18. Apakah keuntungannya engkau pergi ke Mesirdan meminum air Sungai Nil?Apakah keuntungannya engkau pergi ke Asyurdan meminum air Sungai Efrat?

Yeremia 2