1. Demikianlah firman TUHAN kepadaku tentang masa kemarau,
2. “Yehuda bersedih hati;penduduk kotanya hampir mati.Mereka berbaring di tanah dan mengeluh;Yerusalem berseru minta dibantu.
3. Orang kaya menyuruh para hamba mencari air;mereka pergi ke perigi-perigitetapi air tidak ada lagi;dengan kendi kosong mereka kembali.Dengan hampa dan putus asamereka malu dan menutup muka.
4. Oleh sebab hujan tidak turuntanah kering kerontang;para petani putus asa,mereka malu dan menutup muka.
5. Induk rusa di padangmeninggalkan anaknya yang baru lahirkerana rumput tidak ada lagi.
6. Keldai liar berdiri di puncak bukit,terengah-engah seperti anjing hutan.Mata keldai liar menjadi kaburkerana makanan tidak ada.
7. Umat-Ku berseru kepada-Ku,‘Walaupun dosa kami menyalahkan kami,ya TUHAN, tolonglah kami menurut janji-Mu.Kami telah berkali-kali meninggalkan Engkau;kami berdosa terhadap-Mu.
8. Engkaulah satu-satunya harapan Israel,yang menyelamatkan kami daripada malapetaka.Mengapakah Engkau seperti orang asing di negeri kami,dan seperti musafir yang singgah satu malam lalu pergi?
9. Mengapakah Engkau seperti orang yang bingung,seperti pahlawan yang tidak sanggup menolong?Tentu Engkau menyertai kami, ya TUHAN!Kami umat-Mu,jangan tinggalkan kami!’ ”
10. Demikianlah firman TUHAN tentang umat itu, “Mereka suka lari daripada-Ku dan mereka tidak mahu mengawal diri. Oleh itu Aku tidak berkenan kepada mereka. Aku akan mengingat kesalahan mereka, dan menghukum mereka kerana dosa mereka.”
11. TUHAN berfirman kepadaku, “Janganlah minta Aku menolong umat itu.
12. Walaupun mereka berpuasa, Aku tidak mahu mempedulikan seruan mereka minta tolong; dan meskipun mereka mempersembahkan korban untuk menyenangkan hati-Ku dan korban untuk mengucap syukur kepada-Ku, Aku tidak akan berkenan kepada mereka. Sebaliknya, Aku akan membinasakan mereka dengan peperangan, kebuluran, dan wabak.”
13. Kemudian aku berkata, “Ya TUHAN Raja, Engkau tahu nabi-nabi memberitahu rakyat bahawa tidak akan ada peperangan atau kebuluran, kerana Engkau telah berjanji bahawa di negeri ini akan selalu ada kedamaian.”
14. Tetapi TUHAN menjawab, “Nabi-nabi itu berdusta demi nama-Ku; Aku tidak mengutus mereka, dan tidak juga memberikan perintah atau berfirman kepada mereka. Penglihatan-penglihatan yang diceritakan mereka itu bukan daripada-Ku. Mereka meramalkan hal-hal yang tidak berguna, yang dikarang mereka sendiri.