Yeremia 13:23-27 Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika) (BMDC)

23. Dapatkah orang hitam mengubah warna kulitnya, atau harimau bintang menghilangkan tompoknya? Tentu tidak! Begitu juga dengan kamu yang biasa berbuat jahat, tidak mungkin berbuat baik.

24. TUHAN akan mencerai-beraikan kamu seperti jerami yang ditiup angin dari gurun.

25. Dia telah berfirman bahawa itulah kesudahan kamu. Itulah yang ditentukan-Nya untuk dilakukan terhadap kamu kerana kamu telah melupakan Dia dan percaya kepada tuhan-tuhan palsu.

26. TUHAN sendiri akan menanggalkan pakaian kamu sehingga kamu telanjang dan dipermalukan.

27. Dia telah nampak kamu melakukan hal-hal yang dibenci-Nya. Dia telah nampak kamu mengejar dewa-dewa di bukit dan di padang, seperti seorang lelaki tergila-gila terhadap isteri orang lain atau seperti seekor kuda jantan berahi terhadap kuda betina. Hai penduduk Yerusalem, malang akan menimpa kamu! Bilakah kamu layak beribadat kepada-Ku lagi?

Yeremia 13