1. Ya TUHAN, jika aku mengemukakan perkaraku kepada-Mu,tentu akan terbukti bahawa Engkaulah yang benar.Tetapi aku harus menanyai Engkau tentang keadilan.Mengapakah orang jahat makmur?Mengapakah orang yang tidak jujur berjaya?
2. Engkau menanam mereka seperti tumbuh-tumbuhan,lalu mereka berakar, bertumbuh dan berbuah.Mereka selalu mengatakan yang baik tentang Engkau,tetapi dalam hati, mereka sebenarnya tidak mempedulikan Engkau.
3. Tetapi ya TUHAN, Engkau mengenal aku;Engkau nampak perbuatankudan mengetahui isi hatiku terhadap-Mu.Giringlah orang jahat itu keluar seperti domba ke pembantaian.Kawallah mereka sampai tiba masanya mereka disembelih.
4. Berapa lama lagi negeri kami akan kering,dan rumput layu di padang?Burung dan binatang matikerana kejahatan bangsa kami,yang berkata, ‘Allah tidak nampak perbuatan kita.’