19. Penduduk Yerusalem berseru,“Kami luka parah!Luka kami tidak akan sembuh.Dahulu kami sangka bahawa penderitaan inidapat kami tanggung, tetapi sebenarnya tidak.
20. Khemah kami rosak;tali-talinya semua putus.Anak-anak kami semuanya sudah pergi;tiada lagi yang dapat memasang khemah kami;tiada lagi yang dapat menggantungkan kain khemah.”
21. Aku menjawab, “Para pemimpin kita bodoh.Mereka tidak minta petunjuk daripada TUHAN.Itulah sebabnya mereka tidak berjaya,dan bangsa kita terserak ke mana-mana.
22. Dengarlah! Berita sudah tiba!Ada suatu bangsa di utara yang menimbulkan huru-hara.Tenteranya akan menjadikan kota-kota Yehuda sepi dan tidak berpenghuni,sehingga menjadi tempat tinggal anjing hutan.”
23. Ya TUHAN, aku insaf bahawa tiada seorang pun berkuasa atas hidupnya;tiada seorang pun dapat mengendalikan jalan hidupnya.