Yehezkiel 7:22-26 Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika) (BMDC)

22. Aku tidak akan campur tangan apabila Rumah-Ku yang Aku hargai dinajiskan orang, apabila perompak masuk dan mencemarkannya.

23. Seluruh negeri kacau-bilau; negeri penuh dengan pembunuhan, dan kota-kota penuh dengan keganasan.

24. Aku akan menghantar bangsa-bangsa yang paling kejam ke negeri ini dan membiarkan mereka mendiami rumah-rumah kamu. Apabila Aku membiarkan mereka menajiskan tempat ibadat kamu, lelaki yang paling kuat antara kamu akan kehilangan semangat.

25. Kamu akan putus asa. Kamu mencari keamanan, tetapi sia-sia sahaja.

26. Bencana dan berita buruk akan datang terus-menerus. Ketika itu kamu akan memohon para nabi untuk menyatakan penglihatan, tetapi sia-sia sahaja. Para imam tidak mempunyai apa-apa untuk diajarkan kepada umat, dan orang tua-tua kehabisan nasihat.

Yehezkiel 7