1. TUHAN berfirman, “Hai manusia fana, ambillah sebilah pedang yang tajam dan cukurlah janggut dan rambutmu. Kemudian timbanglah rambut itu, lalu bahagilah kepada tiga bahagian.
2. Bakarlah sepertiga rambut itu di dalam kota selepas pengepungan berakhir. Yang sepertiga lagi hendaklah engkau tetak dengan pedangmu sambil mengelilingi kota itu. Sepertiga yang terakhir harus engkau hamburkan ke udara, lalu Aku akan mengejarnya dengan pedang-Ku.
3. Ambillah beberapa utas rambut dan bungkuslah di dalam lipatan jubahmu.